Thursday, April 29, 2010

Mari Belajar Memasak "Mee Bandung"








Hmm arituh kwn aku,Fuzy ada sebut pasal Mee bandung..so aku pn nk kongsi skit pasal Mee nie..kl sebut pasal Muar mesti xlekang mulut org cakap pasal Mee Bandung atau Mee Muar..hihihi.. sbb Mee ni ada keistimewaan tersendiri..kl xcaya cuba la mkn..mesti nk lg..;)

ni ada resipi utk wat Mee Bandung so bolehlah korang cuba wt kt umah..

1 kg mee kuning

10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)

1 labu bawang putih (diketuk)

5 biji bawang merah

½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)

½ cawan udang hidup

1 cawan daging rebus (dipotong nipis)

Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)

Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)

¾ - 1 cawan gula pasir

3 - 4 cawan air rebusan daging

1 sudu makan sos tiram

Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.

Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)


NOTE:

Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.


Cara memasak:

1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.

2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali

3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing

4. Masukkan sos tiram

5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).

6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)

1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)

2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.

3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan

4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.

5. Hidangkan.


CARA2 MEMBUAT SOS/REMPAH MEE BANDUNG MUAR

Bahan-bahannya

1 kilogram cili kering,

1/2 kilo udang kering,

5/6 ulas bawang putih


Tumiskan bawang putih, pas tu, masukkan cili kering yg telah blend. Pastikan minyak dah terbit dalam kuali, pastu masukkan udang kering yang dah dikisar..biar sampai masak… bolehlah masukkan garam skit, gula skit (terpulang pada citarasa masing-masing, tapi jangan terlalu manis pulak). Bila dah sejuk, masukkan ke dalam bekas kecil tu… tapi mesti simpan dlm freezer ya….




Atau pn korang boleh guna rencah yang sudah siap..heheh..ni bg yg malas nk sediakan bahan-bahan






selamat mencuba...:)

5 comments:

  1. ye, pgi kedai beli lg senang, heheh.. :p

    ReplyDelete
  2. ikin nant tlg wat utk kitorg k..t'ingin nk rsa yg ikin wat...

    ReplyDelete
  3. hmm yanie mmg sdp pn..kl dtg muo nnt cuba la mee bandung..;)

    ReplyDelete
  4. btl ckp en amin mmg sng pn..smua dh ada dlm 1 peket rencah..:)
    hmm fza org xtau wt..tau mkn je la..hihihih

    ReplyDelete